Monday, 31 October 2011

Bismillahhirahmanirahim....

Assalamualaikum... salam pengenalan..


Hari ini pertama kali saya membuka blog ini. Saya belajar untuk membuka blog ni daripada seorang pelajar tingkatan 3 yang baru sahaja selesai menjalani PMR. Rasa bertuah juga, kerana sebelum ini, memang saya teringin sangat nak belajar tetapi tidak kesampaian dan ada kekangan masa (Yang sebetulnya, takde orang nak ajar)...


Satu ilmu baru yang saya dapat hari ini. Ada pelajar lain cakap, "Eh, mu pulok ajar cikgu".. Saya senyum je dan lantas saya membalas, "Ilmu bukan dikira pada usia, sesiapa pun kalu ada ilmu, boleh mengajar orang lain"... Dan pelajar tadi terdiam dan tersenyum.


Jutaan terima kasih kepada pelajar yang menolong mengajar saya. Saya belajar sesuatu yang baru hari ini. Insyaallah, saya akan terus menulis selagi ada masa lapang dan ada cerita yang hendak dikongsi bersama.