Monday, 14 November 2011

Cuti Sekolah.. Oh cuti..

Assalamualaikum Wbt...


Tinggal hanya 5 hari sahaja lagi persekolahan. Alhamdullillah, lepas ni banyak masa yang boleh diperuntukkan untuk bersama-sama dengan anak-anak.. Yang bongsu, haziq sudah mula pandai merengek-rengek sekarang. Rasanya banyak sangat masa yang dihabiskan di sekolah menyebabkan anak-anak pun kadang2 terabai.. hakikatnya, begitulah kerjaya seorang guru, tambahan lagi guru wanita.. dibelenggu antara tanggungjawab ibu dan guru..


Bercakap mengenai bebanan.. ada ura-ura hendak menambahkan masa kerja guru hingga ke 9 jam. Kalau benarlah perkara seperti itu berlaku, ia sememangnya tidak adil kepada seorang guru.. Tidak perlu diulas panjang2.. kerja2 yang sedia ada sudahpun bertimbun, inikan pula sehingga ke jam 5 petang.. memang sebetulnya menyiksakan bukan hanya pada guru, tetapi juga pada para pelajar...


Kepada semua, selamat bercuti. Semoga cuti ini akan memberikan kesedaran kepada ibu bapa yang bukan senang nak jaga anak-anak bujang dan anak-anak dara orang ni.. macam tugas semua cikgu yang sudah 10 bulan menjaga anak muridnya...